Tuesday, January 14, 2014

Tun Mahathir Cakap Lama Dah.. Sok Sek, Sok Sek...


 

Bekas anggota Kongres AS kecam Zionis


TEHERAN 13 Jan. - Seorang bekas anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menyifatkan rejim Zionis sebagai satu fenomena yang mengancam keamanan, kemanusiaan dan kesusilaan dunia.

Dr. David Duke dalam satu wawancara yang disiarkan oleh laman web berita Press TV yang beribu pejabat di sini semalam berkata, Zionis mendominasi bank-bank antarabangsa dengan kekuatan faktor kewangannya.

"Bukan itu sahaja, Zionis juga menguasai media dan politik dunia, sehinggakan banyak pihak menutup mata atas apa yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin.

"Setiap anggota politik di AS sedar bahawa mereka akan mendapat liputan media yang baik sekiranya menyokong Israel," katanya.

Duke juga secara sinis menyatakan bahawa mana-mana anggota politik AS yang 'mengutamakan isu hak asasi kemanusiaan dan keamanan dunia' akan menerima kritikan di Kongres, selain berkemungkinan disingkirkan.

"Tidak ada seorang pun anggota Kongres AS yang benar-benar sanggup berdiri menyokong Zionis, dan sokongan yang ditunjukkan (kepada Zionis) selama ini adalah kerana 'disogok' dengan wang.

"Kongres bijak menggunakan wang untuk mengekalkan kuasa dan apa yang boleh saya katakan, hal itu amat memalukan rakyat AS," ujarnya.

Sehubungan itu, Duke menggesa masyarakat global memahami maksud 'Zionisme', sekali gus dapat melihat keadaan sebenar yang melanda dunia, terutamanya penindasan terhadap penduduk Palestin di buminya sendiri.

"Zionisme adalah masalah dunia dan kita bertanggungjawab untuk menyelamatkan pelbagai perkara serta memahami situasi yang berlaku kini," jelasnya. - AGENSI
Catatan:
.
Tun Dr Mahathir Mohamad telah bercakap lama dah tentang apa yang Dr David Duke ini cakap. Antara yang Tun pernah kata ialah Yahudi memerintah dunia ini secara proxi. Barat mencemuh Tun M dan media massa mereka mengatakan Tun M adalah anti Yahudi.
.
Sebenarnya ramai pemimpin dunia memahami peranan Yahudi dalam memulas tengkuk ataupun tangan para pemimpin dunia dulu kini dan mungkin selamanya sehingga kiamat berlaku. Selagi itu berlaku Palestine tetap akan menjadi mangsa walaupun Ariel Sharon dikatakan telahpun mati beberpa hari yang lalu. 

Akhbar pada hari ini melaporkan Perdana Menteri akan terus mempertahankan Islam. Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan dipertahankan dan bagaimana caranya. Saranan atau kenyataan ini juga telah diulang banyak kali oleh PM.

Sebagai rakyat yang tidak mempunyai kuasa selain daripada kuasa mengundi, kita sebenarnya ternanti-nanti akan tindakan pihak kerajaan dalam membela kedudukan agama Islam ini agar tidak dipermainkan atau diperlekehkan oleh sesiapa sahaja.

Jauh di sudut hati kita (kerana kita tidak boleh bertindak sendirian) apabila kerajaan mengambil tindakan kepada pencetus suasana yang tidak harmonis ini maka pastilah kita akan merasakan bahawa maruah kita telah diselamatkan kerana kita yang memilih kerajaan yang ada pada hari ini.

Bagi pihak pembangkang memanglah mereka suka sangat dengan kegagalan kerajaan bertindak dalam hal-hal tertentu ini kerana ia akan menunjukkan kerajaan telah hilang kawalan.

Tidak lama dahulu Mat Sabu membuat kenyataan bahawa "Isu syiah ini tidak akan lama sama macam isu komunis dulu, nanti senyaplah tu.." Mungkin benar kenyataan Mat Sapu tersebut kerana gegak gempita pasal isu syiah ini sudah tidak kedengaran lagi. Kerajaan seronok melihat reaksi rakyat terutamanya laporan polis yang berjumlah beribu-ribu, akhirnya senyap begitu sahaja dan kerajaan mengharapkan rakyat sudah berpuas hati dengan banyaknya laporan polis.


  

Seorang rakan fb Jokiden menulis di wallnya "saya pantang betul apabila seorang keling masuk kristian lalu menukar namanya kepada Lawrence dan tidak kekal sebagai Muthu..." Tentulah ini merupakan menifestasi daripada kedegilan Andrew Lawrence enggan memohon maaf setelah begitu biadap menghina Agama Islam, menghina Sultan Selangor dan menghina keputusan mahkamah. Dia masih bebas tanpa ditahan dan dia tentulah akan semakin berani. "Apa kamu boleh lakukan terhadap aku.." mungkin itu yang dia rasakan. Maksudnya dia mencabar semua pihak.

Kita sebagai rakyat yang memilih UMNO/BN dalam PRU13 lalu tertanya-tanya pihak mana yang sepatutnya mengambil tindakan ke atas Lawrence Andrew ini supaya maruah kita naik sikit.

Rakan fb juga iaitu Sdr AAKJ turut menulis, hanya dengan 10 laporan polis sahaja 'Raja Melaka' sudah kena tangkap, bagaimana dengan beribu-ribu laporan tentang penganjur perhimpunan haram dan atas kebiadapan Lawrence Andrew???.. Kenapa mahkamah penjarakan Presiden Perkasa atas alasan menghina mahkamah tetapi buat tak tahu je dengan Lawrence ini?? Tangkap je lah kemudian mahkamah boleh lepaskan macam yang terjadi ke atas Nuar, Cikgu Bad dan Azmin tu.. apa de hal.
.
Rakyat dan penyokong UMNO/BN nak tahu ni pihak mana yang boleh tangkap dan dakwa Lawrence ni?? pihak polis ke, pihak kastam ke, pihak PBT ke, KPDNKK ke, MPS ke, AG ke, JAIS ke, MAIS ke..????? Tak pasti ni.. Tolonglah..
.
Menteri Agama DSMKB tak letak jawatan ke?? Bukankah Mufti Perak dah suruh beliau meletakkan jawatan sekiranya dia tidak berani bertindak.. keliru kita ni.  

Betullah dulu KDN mungkin meluluskan percetakan bible dalam bahasa Malaysia tersebut, namun itu kelulusan bila.? Soalnya sekarang setiap orang mesti mematuhi keputusan mahkamah yang melarang penggunaan Kalimah Allah tersebut. Tun Mahathir sudah bertanya kenapa beria-ia sangat nak menyakitkan hati kaum lain ini?? Kenapa beria-ia sangat nak bergaduh dengan orang Islam ini? Tun M kata lagi tanpa menggunakan kalimah Allah pun Kristian terus juga berkembang dalam negara ini.

Harun Taib juga sudah mencabar Lawrence ni, kalau nak sangat guna Kalimah Allah ini kenapa tak peluk Islam sahaja. Kenapa nak pusing isu mengatakan UMNO yang memainkan isu ini? Kenapa nak selamatkan LGE yang ketika menyambut krismas mendesak kerajaan membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian??

Cerdik pandai PAS yang ulamak kononnya mengatakan tidak salah orang lain menggunakan Kalimah Allah, itu yang mereka faham. Apakah Allah akan merestui kenyataan Presiden PAS itu yang ketika membuat kenyataan turut di apit oleh Nuar dan Lim Kit Siang? Jika Allah merestui kenyataan Presiden PAS, apakah bermaksud Allah tidak memihak kepada para pemimpin UMNO dan Umat Islam yang lain yang menentang penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.??

Hebuh juga dalam media sosial tentang kangkung turun harga. Ramai sungguh yang merendahkan taraf kewarasan masing-masing dengan memberikan komen, sindiran serta pandangan secara spin.. Bukan sahaja pembangkang yang beria-ia menaikkan rating isu ini tetapi juga turut disokong oleh penyokong UMNO/BN sendiri. 

Pada hal ini sepatutnya tidak menjadi isupun. PM kata turun naik harga barang ini adalah bermusim. Jika barang banyak permintaan menurun kerana orang tidak pandang sebelah mata, maka logiknya harga akan turun. Jika barang tak ada orang pulak berebut-rebut hendakkan barang itu maka harga naiklah. Musim tengkujuh ikan susah nak dapat kerana nelayan tak boleh turun ke laut maka harga ikan logiknya akan naik melambung. Musim hujan kangkung mudah membiak , jumlahnya banyak maka harga kangkung turunlah. Yang naik tak turun2 walaupun banyak ialah harga petai... memang mahal sehingga hari ini. Boli yolah.
.
Kita biarkanlah puak pembangkang melalak dengan kisah kangkung, kingkong dan kangkang ni, pendokong UMNO/BN tak perlulah teruja sangat. PM kita tetap terhebat untuk masa kini, itu yang puak pembangkang jeles tu.
.
Apa hal pulak Tian Chuak dan Stapa Spender tiba-tiba je nak mohon maaf dan menarik balik semua kata-kata najis yang pernah mereka hamburkan kepada UMNO/BN dan kerajaan tempoh hari.? PAS inipun satu hal, nak ikut sangat perangai PKR dan DAP menyimpan pemimpin yang mempunyai masalah moral.. Ada beribu lagi nama baik yang 'hebat' untuk menjadi SU Agung PAS tersebut. Pecat jelah atau nasihat berundur atas alasan kesihatan, sakit lutut dan sebagainya. Carilah orang lain.
.
Di sebelah atas Tagline Jokiden ialah jika kita hilang kuasa maka sukar nak dapat balik. Di sebelah bawah, kerenah PATI ini bukan sahaja menyebabkan wang ringgit, masa dan tenaga untuk menguruskannya tetapi juga melibatkan maruah negara ini mungkin menyebabkan UMNO/BN akan hilang kuasa kerana rakyat sudah muak ni..
.
Kisahnya mudah sahaja... Sekarang ini Melayu Islam masih berkuasa, maka sedikit sebanyak orang Melayu masih boeh mengangkat muka di negara ini. Jika sudah tidak berkuasa nanti maka kena angkat kakilah..
.
Memanglah pada mula mendapat kuasa puak-puak rasis dan chauvinis ini cuba melembutkan gigi dari lidah dalam setiap tindakan. Namun lama kelamaan kelak apa mereka peduli dengan sensitivi umat Melayu, Islam dan Bumiputra ini. Meraka ada kuasa, mereka boleh buat apa yang mereka suka, mereka boleh pecat siapa yang mereka suka, mereka boleh roboh apa yang mereka suka, mereka boleh pinda apa yang mereka suka, mereka boleh naikkan gaji jika mereka suka, mereka boleh naikkan cukai jika mereka suka dan mereka boleh rampas apa yang mereka suka..
.
Jika Pusat Giat Mara dirobohkan dengan alasan didirikan atas tanah milik kerajaan dan Tanah adalah kuasa Kerajaan Negeri, bersedia pula kontraktor Cina untuk memajukan tempat itu, maka tidak mustahil masjid dan surau juga suatu hari nanti akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada kontraktor untuk membangunkan tempat itu dan menjadi kaya raya kerana masjid dan surau semuanya didirikan atas tanah kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan negeri. Namun kita jangan risau sangat kerana kita masih ada Perdana Menteri untuk mempertahankan Agama suci ini.
.
Memanglah pada peringkat awal LGE menerajui PP, ramai pihak yang kelabu mata dengan sopan santun beliau terutamanya puak PAS, namun lama kelamaan sok LGE akan menunjukkan wajah sebenarnya, taring sebenarnya. Apa PAS boleh buat??? Nak keluar pakatan haram dan join UMNO/BN???? cukup ke kerusi untuk memerintah di Selangor wp bergabung dengan UMNO???
Jawab ea gigit jari jelah, ditelan mati mak, diluah mati bapa. Menang sorak kampung tergadai, tetapi siapa peduli dengan peribahasa lama tersebut..??
.
Di negara ini yang tidak boleh menjadi kaya ialah Melayu. Jika ada yang cuba-cuba nak menjadi kaya raya, maka akan disalaklah oleh semua pihak. Bangsa asing tidak mengapa. Kadang-kadang tanpa sedar orang Melayu akan digunakan oleh orang asing untuk menyalak kepada orang Melayu yang cuba menjadi kaya raya ini. Cara mudahnya ialah sebut sahaja perkataan kroni, rasuah dan rakus maka akan bertempik riuh rendahlah orang Melayu.
.
Di negara ini jangan ada Orang Melayu yang cuba-cuba hendak memakai kereta mewah, membeli barang mewah, maka akan riuh rendahlah suku sakat bangsa asing menyalak dan menggunakan orang Melayu sendiri untuk menaikkan sentimen kebencian kepada kerajaan. Maka MB Kelantan, MB Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang boleh guna kereta mewah, tetapi jangan MB Terengganu, jangan Menteri dan jangan Perdana Menteri. Itu semua duit rakyat, guna jelah kereta koman dan kereta kecik.
.
Jangan ada Menteri UMNO/BN yang cuba-cuba nak membeli hartanah di luar negara, jangan cuba nak beli rumah berjuta ringgit, alamat akan bergoncanglah dunia ini disalak oleh puak-puak tersebut. Namun tidak ada salahnya jika pemimpin dan ahli puak pakatan hendak berkereta mewah, hendak memiliki jet mewah dan hidup cara mewah dan membeli rumah berjuta ringgit di luar negara. Takpa belilah dan milikilah. Hebat.
 .
Jangan cuba juga peniaga Melayu ini hendak membela diri mengatakan dia tidak terlibat rasuah, dia bekerja keras untuk membina kekayaan sendiri.. Tak jalan, tidak akan ada yang mahu percaya. Yang mereka percaya ialah tuduhan dan persepsi puak pembangkang bahawa itu semua adalah rasuah, kroni, haram dan bla..bla..bla..
.
Guan Eng dipuji setinggi langit walaupun baru 'berjasa' ciput je kepada agama Islam atau ibu tunggal. Sementara Syed Mokhtar yang habis berbillion ringgit untuk agama Islam ini di sumpah seranah oleh puak-puak ini semata-mata untuk menaikan kebencian kepada kerajaan UMNO/BN ini.
 .
PATI ini sudah melampau. Di hujung minggu dan hari kelepasan am, mereka menguasai beberapa tempat strategik di negara ini, lalu rakyat tempatan merasakan mereka seolah-olah berada di negara luar. Itu kita tidak hairan, yang takjubnya mereka ini sudah berani pulak menentang pihak berkuasa. Mereka berani merancang itu dan ini. Black Money. Mereka sudah berani menjerit-jerit ke arah polis yang cuba menahan mereka.

Mereka sudah berani membunuh anggota keselamatan kita. Mereka berani merogol kaum keluarga kita. Mereka sudah mampu menculik saudara mara kita, mereka sudah berani mencetak akhbar mereka sendiri. Mereka sudah berani merasuah para penguat kuasa di negara ini.

Setengah juta sehari diperlukan untuk menanggung PATI ini pada setiap hari. Banyak tu. Dulu heboh seketika apabila Pegawai Am Bank ditembak mati, maka dikatakan tidaka ada warga asing yang boleh diambil sebagai pengawal keselamatan oleh mana-mana majikkan. Hari ini pergilah kemana-mana pusat membeli belah yang hebat-hebat, pergilah ke mana-mana hotel lima bintang, siapa sedang bertugas di sana??? Tidak lain dan tidak bukan ialah warga asing.

Rakyat Malaysia pergi ke negara asing apakah sudah berani untuk mencabar pihak berkuasa di negara tersebut??? Tidak berani dan pasti akan disumbat ke dalam lokap tanpa bicara. Di sini jika ditahan tanpa bicara akibatnya akan riuh rendahlah puak pembangkang. Malah ada majistret tidak meluluskan reman ke atas pesalah ini...

Oleh kerana segala-galanya dijadikan isu politik oleh puak pembangkang, oleh kerana segala-galanya hendak disensasikan maka Jokiden merasakan semakin hari semakin benci dan meluat dengan pembangkang ini.
  

PENDATANG TANPA IZIN (PATI) MUNGKIN AKAN MENJADI SALAH SATU FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN UMNO/BN KELAK.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Wr. Wb.

    WhatsApp Only::::{+33753893351}
    Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
    {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    ReplyDelete