Friday, July 20, 2012

Saya Jual Kopi.. Gaji Saya $8 Juta..

 
It's Easy, It's Simple, It's Coffee

Saya jual kopi, pendapatan saya USD8.4 juta.

 
Esok Insyaallah, seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Penyimpan Mohor Raja-raja telah mengistiharkan bahawa 1 Ramadan jatuh pada hari Sabtu. PAS yang banyak mempertikaikan tindakan kerajaan UMNO/BN mengenai agama Islam tidak pernah pula mempertikaikan tarikh menyambut puasa dan tarikh menyambut hari lebaran. Pandai pulak mereka akur dan patuh dalam dua hal ini.

Di bahagian dunia lain telah ada yang mula berpuasa hari ini. Rakyat mengikut keputusan kerajaan yang memerintah. Sebab itu walaupun dalam Garis Khatulistiwa yang sama, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia tidak pernah berpuasa serentak dan berhari raya serentak.

Maknanya di sini malam ke 23 atau ke 25 atau ke 27 di Malaysia menjadi malam yang genap di negara yang tidak menyambut puasa serentak dengan Malaysia. Malah di Malaysia waktu siang, maka di Amerika waktu malam. Umat Islam di Malaysia sedang berpuasa, umat Islam di Amerika sedang makan minum.

Jadi bila Malam Lailatul Kadar yang sebenarnya hanya Allah yang tahu. Elok beri tumpuan pada 10 malam terakhir. Jika sibuk menanti malam ke 27 iaitu malam ganjil di Malaysia dengan harapan Lailatul Kadar akan turun, rupanya Lailatulkadar telah turun di Indonesia pada malam sebelumnya. Atau apakah setelah turun pada malam sebelumnya di Brunei, Lailatul Kadar akan turun lagi sekali di Malaysia pada malam berikutnya. Hanya Allah yang tahu.  

Tidak kira apa anutan dan fahaman politik kita, kewajipan berpuasa ini mesti ditunaikan. Janganlah orang PAS sahaja yang mengatakan puasa mereka sahaja yang akan diterima oleh Allah. Puasa orang UMNO, Orang Pakistan, Orang Taliban, Orang Rusia juga akan diterima oleh Allah.  

Janganlah 'Ustazah Abby' sibuk pula bertanya apa perasaan orang yang tidak memakai tudung berpuasa. Samada ia memakai tudung atau tidak jika dia berpuasa ganjarannya terserah kepada Allah.

Blog ini Insyaallah akan Jokiden update kan, jika tidakpun sekerap selalu, apabila ada kelapangan dan kesempatan pasti akan ada posting untuk dikongsikan.

Dalam kita berpuasa, bertadarus dan bertarawih, mungkin ada ruang untuk membuat catatan di sini. Dalam posting kali ini Jokiden ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini dari dalam dan juga luar negara samada yang mengenali Jokiden secara peribadi ataupun hanya mengenali secara online ini.

Mohon maaf atas segala keterlanjuran, keceluparan Jokiden sekiranya ada yang mengguris hati dan perasaan, Jokiden dengan rendah hati memohon ampun dan maaf.

Kisah menarik kali ini ialah mengenai penjual kopi yang mempunyai pendapatan yang amat tinggi sehingga mencecah kepada jutaan ringgit.

Di dalam dunia ini selain daripada Syarikat Amway, Syarikat Kopi inilah yang memberikan pulangan yang sangat lumayan. Ianya baru sahaja beroperasi sekitar tahun 2009, dan baru sahaja memulakan operasi di Malaysia sejak sebulan yang lalu.

Tengok video di bawah jika ada masa. Holton Buggs ini meraih pendapatan sebanyak RM30 juta setahun hasil menjual kopi ini.


Hasil Jual Kopi. Klik.




SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN.

Monday, July 16, 2012

PRU13 Tahun Ini.. TPM.


 
Semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu, Timbalan Perdana Menteri ada menyebutkan bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun ini juga.

"Saya dah bagi tahu Perdana Menteri bahawa yang seeloknya pilihanraya mesti diadakan pada tahun ini juga.." Kata beliau.

Selepas ini bolehlah pemerhati politik membuat spekulasi semula tentang tarikh PRU13 tersebut. Tarikh 16 September tidak boleh ditolak ke tepi begitui sahaja.  TPM selaku Timbalan Presiden UMNO juga akan menemui Bahagian-bahagian UMNO yang telah dikenal pasti mempunyai masalah dalaman dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

Bahagian-bahagian tersebut adalah Bahagian di mana BN mempunyai peluang cerah untuk menang dalam PRU13 kelak.

Semalam juga TPM telah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap komitmen parti komponen BN yang terlalu mengharapkan usaha UMNO dalam menarik sokongan rakyat demi kemenangan calon BN, Tentu ada sesuatu yang TPM tidak puas hati dan lantas menegur parti-parti gabungan supaya melipat gandakan usaha meraih sokongan tersebut.

Lebih 50 tahun UMNO memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon daripada parti lain dalam komponen BN. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Hanya pada PRU12 ahli UMNO kelihatan sedikit meragam dan sanggup memberikan kepada calon pihak lawan.

 
Kemarahan ahli UMNO bukan sebab hasutan PAS atau PKR, tetapi kerana rasa tidak puas hati yang tinggi terhadap kepimpinan parti. PAS mana mampu menghasut ahli UMNO supaya beralih arah.

 
Akibat ahli UMNO meragam maka beberapa kawasan tradisi seperti Teluk Kemang, Bukit Gantang, Taiping, BM dan Sg Siput terlepas ke tangan pembangkang. Dalam PRU13 kawasan-kawasan ini bakal kembali kepada  BN.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.