Saturday, July 14, 2012

Antara Dua Darjat..

 Anuar Zain terima bayaran tertinggi



KUALA LUMPUR 12 Julai - Penyanyi terkenal, Anuar Zain dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi untuk satu-satu persembahan makan malam dengan nilai kira-kira RM50,000.

Bagaimanapun, difahamkan, bayaran bagi setiap persembahan penyanyi yang popular menerusi lagu Sedetik Lebih itu bergantung kepada jumlah lagu yang dinyanyikan.

Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain, 42, mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.

Sementara Datuk Siti Nurhaliza pula dikatakan menerima bayaran antara RM30,000 hingga RM35,000 untuk sesebuah persembahan.

Penyanyi Misha Omar dan Adibah Nor pula dikhabarkan menerima bayaran kira-kira RM15,000 untuk setengah jam persembahan menggunakan minus one.

Bayaran kepada artis tempatan adalah berbeza mengikut acara dan kebiasaannya mereka menerima bayaran tinggi bagi persembahan sebuah majlis makan malam.

Khabarnya untuk penampilan di televisyen (TV), Astro merupakan antara stesen TV yang menyediakan bayaran yang tinggi mengikut gred artis yang ditetapkan iaitu antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi artis gred A.

 

Taylor Swift selebriti muda terkaya


Taylor Swift
WASHINGTON 13 Julai - Penyanyi Taylor Swift mendahului senarai selebriti bawah usia 30 tahun yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood, dengan memperoleh pendapatan berjumlah AS$57 juta (RM178 juta) dari Mei tahun lalu hingga Mei ini, menurut majalah Forbes.

Forbes melaporkan, penyanyi berusia 22 tahun itu memperoleh pendapatan tertinggi selepas menjayakan sebanyak 111 konsert menerusi siri jelajah Speak Now di Amerika Utara dan Australia.

Setiap daripada konsert yang dijayakannya, Swift dilaporkan menerima keuntungan secara purata sebanyak AS$1 juta (RM3.1 juta) selain penjualan album yang mendapat anugerah platinum dan menjadi duta pelbagai produk.

Penyanyi itu dijangka melancarkan album terbarunya pada Oktober ini.

Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber, 18, menjadi satu-satunya selebriti lelaki yang berada dalam senarai lima teratas dan pada kedudukan kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM171 juta).

Memperoleh pendapatan sebanyak AS$53 juta (RM164 juta) membolehkan penyanyi Rihanna berada di tempat ketiga.

Jika tahun lalu Lady Gaga mengungguli senarai dengan pendapatan sebanyak AS$90 juta (RM279 juta), namun tahun ini menyaksikan penyanyi berfesyen pelik itu jatuh di tempat keempat dengan AS$52 juta (RM161 juta).

Sementara itu, tempat kelima menjadi milik penyanyi Katy Perry yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM140 juta). - AFP


 
Jokiden:

Perbezaan antara ahli sukan negara dengan ahli sukan negara asing juga begini. Pemain Bolasepak negara kita bergaji RM20,000.00 sebulan. Pemain MU bergaji RM4 juta sebulan.


 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Thursday, July 12, 2012

Dua Ingatan Kepada Pembangkang..Jangan Cari Pasal

 

Dua peringatan ini mungkin lebih sesuai ditujukan kepada parti PAS supaya tidak mengambil mudah dan enteng perkara tersebut. Ingatan pertama jangan sewenang-wenangnya hendak memainkan sentimen keagamaan dalam usaha hendak memancing undi.

Sementara ingatan kedua pula ialah supaya PAS tidak terlalu berangan-angan hendakkan kerusi yang lebih dalam PRU13 kelak. Pandai-pandailah membawa diri dan kena bersetujulah dengan pembahagian kerusi kelak. Apa pun sebagai bonus PAS mungkin akan diberikan  100% kerusi untuk ditandinginya di Kelantan. Kerusi di negeri lain jangan pertikaikan.

Mari kita baca peringatan tersebut seperti yang dilaporkan oleh Bernama. 

SPR rampas barang kempen langgar fatwa agama



IPOH 12 Julai - Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR) tidak teragak-agak untuk merampas barangan mana-mana pihak seperti kain rentang, cakera padat dan video yang mengeluarkan kenyataan dengan melanggar fatwa agama ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan itu diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Isu-isu agama ini sudah bangkit balik dan kita bimbang sekiranya terdapat barangan seperti kain rentang, video dan CD yang mempunyai kenyataan-kenyataan mengenai fatwa yang tidak betul sebagai contoh kain rentang "undi satu parti masuk syurga". Ini tidak betul dan kita akan turunkan kain rentangnya," katanya kepada pemberita selepas taklimat persediaan PRU-13 kepada pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Pilihan Raya negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah dan Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) SPR, Datuk Noordin Che Ngah.

Beliau berkata SPR akan bekerjasama dengan polis dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau perkara terbabit agar ia dapat dielakkan.

Selain itu, SPR juga akan menurunkan kain rentang yang menyentuh peribadi calon parti, mengkritik keputusan mahkamah, mempertikaikan isu raja dan sensitiviti sesuatu kaum. - BERNAMA

Blog pertahan DAP tanding 90 kerusi


KUALA LUMPUR 11 Julai - Blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com hari ini mempertahankan kenyataan bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut penulis blog itu, dia mempunyai dokumen bagi menyokong maklumat tersebut seperti senarai calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dan akan memperkenalkan nama-nama terlibat secara berperingkat mulai esok.

Dakwanya, DAP mempunyai kelebihan kerana ada maklumat menunjukkan parti itu mampu menawan 100 peratus undi Cina dan 50 peratus undi India sebagai tambahan kepada undi Melayu daripada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Selain itu, dakwanya, DAP wajar bertanding di 90 kerusi memandangkan ia merupakan sebuah parti berbilang kaum.

“Memang DAP dikuasai orang Cina, tapi itu berlaku secara kebetulan. UMNO saja yang memainkan propaganda bahawa DAP adalah sebuah parti Cina sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah parti berbilang bangsa - layak mewakili semua kaum di Malaysia," kata blog itu.

Isnin lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan blog itu mengenai hasrat DAP bertanding di 90 kerusi Parlimen, seterusnya menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.

Bagaimanapun pada hari sama, blog itu mendakwa akhbar ini memutarbelitkan maklumat tersebut kononnya dengan niat mahu menimbulkan kebencian penyokong pakatan pembangkang terhadap DAP.

Apa Yang Kit Siang Mengigau Dan Merepek Di Siang Hari Ni..


 
Lim Kit Siang jelas tidak seronok dengan peranan berkesan yang dimainkan oleh Tun Dr Mahathir dalam membantu BN terus menguasai persada politik Malaysia. Dia telah mula mengkritik Tun secara tidak sihat dengan mengaitkan Tun dengan Mahathirisme.

Kuman di seberang lautan dia nampak, gajah dibibir mata tidak pulak dia nampak. Sinonim dengan DAP ialah parti anak beranak. Kit Siang dulu kini dan selamanya adalah seorang Diktator hingga membuatkan ramai tokoh DAP termasuk Tan Sri Lee Lam Tye meninggalkan DAP suatu ketika dahulu.  

Legasi Lim Kit Siang ialah dinasti LIM dalam DAP. Anak dan menantu serta suku sakat beliau sahaja. Bersuara sahaja dalam DAP maka anda akan segera dipecat tanpa ada peluang untuk membela diri. DAP tidak pernah mengamalkan kebebasan bersuara. Itu faktanya.

 

Apa yang Kit Siang ni marah sangat dengan Tun Mahathir ni sehingga menuduh Tun ingin terus menguasai UMNO dan BN. Sebelum terlupa mungkin Kit Siang tidak dapat menerima hakikat bahawa DAP mengalami zaman malap ketika Tun berkuasa. DAP hampir nazak kerana di bawah kepimpinan Tun M, MCA mendapat kepercayaan kaum Cina.


Dizaman Tun Mahathir wakil DAP kosong di Negeri Sembilan. Tiger Lee, Dr Chan Man Hin serta Kupusamy semuanya kecundang dan menelan asap.  

Isu perkauaman sempit DAP di zaman Tun tidak berjaya mendapat sokongan positif kaum Cina. Sebab itu kini apabila isu perkauman sudah mula mendapat sedikit kejayaan kepada DAP maka Kit Siang  bimbang sekiranya peranan Tun Mahathir akan kembali memalapkan dunia politik DAP.

Biasalah dengan sikap talam dua muka pembangkang ini. Mereka yang memainkan isu perkauam, maka Tun M dan UMNO pula yang dituduh mengamalkan perkara tersebut. Bijak sungguh mereka mengalihkan isu.

Turut mengamalkan gaya politik yang sama ialah Lim Guan Eng anak Kit Siang. Kita tengok masa dia berdebat dengan Chua Soi Lek tempoh hari. Setelah KO pada pusingan pertama, demi untuk menarik kembali sokongan kaum Cina maka LGE tanpa malu mengutuk MCA, UMNO dan BN dengan menuduh gabungan tersebut mengamalkan politik perkauaman.

LGE mendakwa tidak wujud keadilan kepada masyarakat Cina di sini. Nak tanya sikit LGE ni, yang kaya di sini siapa, yang mempunyai harta berbilion ringgit di negara ini siapa. Syed Mokhtar yang dibenci oleh Robert Kuak, Nuar Brahim dan Azmin Ali itu cuma jatuh nombor 19 jika semua kekayaan bilionaire Cina dikumpulkan.

Yang mempunyai tanah yang luas di sini siapa, kaum dayak ke, kaum Melayu ke atau kaum Iban. Yang ke hulu ke hilir dengan kereta mewah dan menyapu subsidi minyak dengan banyaknya setiap kali mengisi tangki kereta siapa?.

Yang mempunyai hotel mewah di sini siapa. Yang mempunyai kapal layar dan pusat peranginan di sini siapa Guan Eng oii.. Yang mempunyai sekolah aliran Cina di dunia ini siapa dan di mana, jika tidak di Malaysia ini. Semua itu hasil perjuangan, toleransi dan kompromi Orang melayu dengan rakan-rakan dalam BN. Mana anak tirinya. Mana penindasannya?.

Lagi nak tanya ni, jika dasar perkauam UMNO/BN ini tebal sangat, yang ramai jadi doktor siapa, Yang ramai jadi lawyer siapa. Yang ramai jadi jurutera siapa. Yang banyak mengambil grant kerajaan untuk berniaga siapa...siapa..siapa????


Kaum mana yang apabila dikeluarkan sahaja kuota ASN habis dilanggan dalam masa setengah jam, kalau bukan kaum Cina yang dianak-tirikan tersebut. Maknanya kaum Cina lebih laya dan mempunyai kemampuan daripada kaum India dan kaum Melayu.


Siapa yang mempunyai ladang perternakan ayam yang terbesar di negara ini. Dusun buah-buahan yang luas milik siapa. Bengkel-bengkel kereta yang bertaburan di serata jalan dalam negara ini siapa yang punya.


Buku-buku teks dan buku nota untuk sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi siapa yang membolot percetakannya sejak berpuluh tahun dahulu.

Yang sudah berpuluh tahun menerima subsidi gula siapa?? Yang mempunyai ladang sayur yang luas di Cameron Highland dan menggunakan kenderaan tanpa roadtax siapa. Yang menggaji tenaga buruh yang ramai di negara ini yang diimport dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam siapa.

Yang membina bangunan pencakar langit di negara ini siapa. Yang menguasai industri pengangkutan di negara ini siapa. Siapa pemilik kedai-kedai kereta mewah di seluruh negara. Berapa sangat peniaga Melayu seperti Naza dan Mutiara Motors yang memiliki bilik pamiran gah terutamanya di PP, KL, JB dan Ipoh.

Yang saban hari membuka pusat rumah urut untuk memulakan perniagaan di sini siapa. Yang kuat merasuah anggota Penguatkuasa di sini siapa. Siapa yang menambahkan kerja lebih masa anggota keselamatan dalam memerangi kegiatan tidak bermoral ini. Serbu hari ini, esok buka semula. siapa? Mana Mahpooozzz Bean, mana Khalid Samad dan mana Dr Rani, senyap sunyi tidak menegur Ronnie Liu? Dulu ada Dr Hassan Ali, sekarang merekalah yang terpaksa buat tugas tersebut.
  

  

Sedap mulut sahaja Kit Siang anak beranak nak menuduh bermacam-macam terhadap Tun Mahathir. Ligasi Tun M memang tidak dapat dinafikan. Warga Kota bangun pagi nampak Bangunan Daya Bumi, mereka akan teringatkan Dr mahathir.

Bersiar-siar di Petronas Twin Tower pagi, petang dan malam, pastilah orang akan teringatkan Dr Mahathir. Lee Kuan Yew balik dari Chennai India, singgah di KLIA, pastilah dia teringatkan Dr Mahathir yang membina lapangan terbang yang menyangi Changi Airport tersebut.

Memandu kereta melalui Lebuh Raya Utara Selatan dari JB hingga ke Bayan Mutiara tentulah Lee Kuan Yew teringatkan Dr Mahathir. Terbinanya Pusat Bebas Cukai di Langkawi sehinggakan kurang lakunya barangan elektrik dari Singapura tentulah mengingatkan Lee Kuan Yew kepada komitmen Dr Mahathir.

Puluhan ribu peminat Formula One dari negara luar yang datang ke Sepang setiap tahun dan ratusan juta yang menonton di peti TV pastilah Lee Kuan Yew merasa pedih hati dan teringatkan kepada Dr Mahathir.

Tidak dapat hendak dilenyapkan begitu sahaja legasi Dr Mahathir ini dalam realiti kehidupan di Malaysia. Jasanya terlalu banyak.

Majunya PTP oleh Syed Mokhtar tentulah menyakitkan hati pengendali pelabuhan di Singapura kerana setengah urusan telah berpindah ke PTP. Nasib baik jambatan bengkok tidak menjadi kenyataan. Sekiranya jadi mahu tutup terus Pelabuhan Singapura tersebut. 

Marah kepada Tun kerana membantu anaknya serta membantu UMNO/BN, Tun sudah menjelaskan bahawa tindakan dia adalah untuk membalas budi orang-orang yang pernah berbudi kepadanya dulu. Dia mendapat sokongan yang besar semasa memerintah, maka sewajarnya dia kini memberikan pula sokongan kepada orang lain. Semudah itu wahai Kit Siang, itupun payah sangat ke you nak faham.

Ingatan Tun bahawa Orang Melayu akan hilang segala-galanya sekiranya UMNO/BN hilang kuasa, memang benar. Mana perkuamannya ingatan tersebut. Mana nak pecah belahkan rakyat dengan ingatan tersebut. Tun bercakap benda yang benar, benda yang akan terjadi. Dengan sedikit kuasa yang DAP adapun Orang Melayu sudah mula terpinggir, apa lagi jika DAP dapat kuasa penuh dan UMNO hilang kuasa.

Ingatan Tun adalah betul. Dia mahukan bangsanya bersatu padu, Orang Melayu jangan berpecah tiga. Mana nak menakut-nakutkan rakyat dengan kenyataan beliau tersebut. DAP pun menyeru orang Cina bersatu. DAP pun menyeru sekolah aliran Cina bersepakat dalam memperjuangkan isu.

Sudah nyata kini PAS tidak boleh diharapkan untuk membela umat Melayu dan Umat Islam. Baru nak bercakap sepatah dua, Karpal Sinki telah berdehem dan Nik Aziz serta Hj Hadi dah tunduk layu. Nak harapakan PKR membela Melayu?? parti yang juga dikuasai oleh anak beranak tersebut? jauh panggang dari api. Lagipun parti itu peduli apa dengan Orang Melayu, yang mereka perjuangkan hanyalah nasib Nuar.

Dalam PKR ada Cina totok, ada India tulin, apa mereka peduli dengan nasib bangsa Melayu dan Agama Islam. Mereka tak kisahpun. Jadi ingatan Dr Mahathir tersebut benar, betul dan tepat. Mana rasisnya?. Mana nak pecah belahkan rakyatnya. Mana nak takut-takutkan rakyatnya?? mana?? mana?


Kalau sudah bidang ekonomi dan pendidikan dikuasai oleh Orang Cina, apa salahnya bidang politik dikuasai pula oleh kaum Pribumi yang jumlahnya lebih ramai ini. Kenapa dengki sangat, kenapa cemburu sangat. Selama ini tidak selamatkah harta benda kaum Cina dengan pemerintahan UMNO, Melayu dan Islam ini.

Banyak sangat ke kekayaan kaum Cina yang dirampas oleh Orang Melayu sepanjang pemerintahan UMNO/BN ini. Berpuluh buahkah sekolah Cina ditutup dalam zaman pemerintahan BN ini? Mana rasisnya, mana perkaumannya? Mana nak menakut-nakutkan Orang Melayu?????. Tun Mahathir bercakap atas fakta sebenar. Hilang KUASA, Melayu akan MERANA. Itu betul dan itu benar.
Elok Kit Siang dan anaknya Guan Eng ni berhenti merepek dan jangan terus-terusan menghasut kaum Cina di negara ini. Bersangka baiklah dengan Orang Melayu, dengan UMNO dan dengan Islam.
   
90% daripada keperluan makanan untuk Orang Melayu ini dikawal oleh Orang Cina. Apa salahnya Beras dan Roti Gardenier dikawal pulak oleh Orang Melayu. Dan Hampir 100% keperluan pakaian untuk Orang Melayu dikawal oleh Orang Cina, apa salahnya industri batik dikawal oleh Orang Melayu pulak?

Berpuluh pasar raya di negara ini dimiliki oleh kaum Cina apa salahnya sebuah dua dimiliki oleh Mydin. Apa salahnya KR1M dibina kerana Cina mempunyai beribu kedai 7Eleven di negara ini. Siapa pembekal alat sukan terbesar dalam negara ini?


Dulu kaum Cina tidak ramai yang berminat untuk bekerja di sektor awam, dalam tentera, pasukan polis ataupun pasukan bomba. Kini jangan nak salahkan UMNO pulak bila jumlah mereka di sana kurang daripada kaum Melayu. Cina yang miskin juga tidak ramai yang berminat untuk ke LKTP atau Felda suatu waktu dulu, kerana mereka menjangkakan selamanya peneroka akan kekal sebagai petani dan bukanya menjadi entiti koperat akhirnya.
Jika senarai ini hendak diteruskan, sudah pasti tidak akan kehabisan. Oleh itu Kit Siang and Guan Eng, back to basic. You all jaga ekonomi, Melayu jaga politik. Habis cerita. Agree or angry?

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, July 11, 2012

Proses Pengundian Sedikit Berbeza Untuk PRU Akan Datang - SPR

  • Dakwat Kekal
  • 

    PUTRAJAYA 11 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat sedikit pengubahsuaian terhadap proses pengundian bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, bagi memastikan proses yang lebih telus berdasarkan beberapa cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

    Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, untuk PRU-13, susunan bilik mengundi agak berbeza apabila wakil parti politik ditukar kedudukannya dengan petak mengundi, bagi membolehkan mereka mendapat pandangan yang lebih baik mengenai pengundi dan proses pengundian.

    Beliau berkata, tiga kerani pengundian akan ditempatkan di bilik tersebut dengan kerani pertama akan menyemak nama dan wajah pemilih serta jari mereka sama ada telah ditanda dengan dakwat kekal, selain melaungkan muka surat, nombor siri, nombor kad pengenalan dan nama pengundi supaya wakil parti politik boleh menyemak data tersebut di dalam senarai pemilih masing-masing.

    Kerani kedua pula akan mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi, manakala kerani ketiga akan mengecap kertas undi dan menyerahkan keratan kertas undi kepada pengundi terbabit, katanya pada sesi taklimat bersama media di sini hari ini.

    Abdul Aziz berkata nombor siri dan cap pada kertas undi juga adalah unik dan berbeza antara satu saluran pengundian dengan saluran pengundian yang lain, selain kertas undi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang hanya boleh dilihat melalui sinaran ultra violet bagi mengenal pasti sekiranya terdapat kes kertas undi palsu atau kertas undi tambahan. - BERNAMA


     Jokiden:

    Bila pembangkang kalah besok mereka tetap mengatakan bahawa SPR ni menipu, manipulasi dan membantu BN. Setelus manapun SPR dalam melaksanakan tugas dan tanggung-jawab mereka, pembangkang tetap  tidak akan puas hati kecuali mereka yang menang.

    Namun jika SPR tidak berbuat sesuatu pula maka tiadalah penambahbaikan sistem piliharaya kita.  


    "Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

    Kalau Anak Jantan Minta Maaflah...


    Roadshow politik Malaysia hampir menyamai roadshow pemilihan Presiden Amerika. Budaya ini dicetuskan oleh Nuar Brahim secara meluas dalam pemilihan UMNO pada tahun 1993. Sebelum itu berlaku juga tetapi tidak sehebat mulai tahun 1993.

    Di Amerika pembelian undi tidak kepada individu tetapi 'penyumbang dana' dikehendaki menyumbang kepada badan-badan kebajikan atas nama parti. Lagi banyak sumbangan bermakna lagi banyak dan kuat sokongan. Presiden Baracck Obama berusaha keras untuk mengatasi saingannya kali ini dalam kutipan derma sehingga mencecah kepada USi bilion.

    Politik di kebanyakan negara luar termasuk Amerika adalah bermusim dan tertumpu kepada masa pemilihan pucuk pimpinan ataupun pilihanraya umum.

    Di Malaysia senario politik agak aneh sedikit di mana parti politik di sini berpolitik sepanjang masa. Tidak ada masa tertentu. Jika politik dikaitkan dengan kempen propaganda, maka ianya berlaku setelah sebaik sahaja keputusan pertama pilihanraya diumumkan sehinggalah kepada pembubaran Parlimen akan datang. Sentiasa ada isu yang dimainkan terutamanya oleh parti pembangkang.

    Pembangkang di Malaysia agak istimewa. Mereka tidak menguasai kerusi majoriti tetapi mereka menguasai suasana politik harian.  Di negara lain fakta kepada sesuatu isu amat dititik beratkan. Di Malaysia fakta menjadi perkara kedua selepas auta. Pembangkang seolah-olah mempunyai kuasa veto dalam isu fakta ini.

    Di Malaysia juga mengambil strategi beberapa pendekatan politik dari negara lain, pembangkang berusaha keras mengwujudkan politik kebencian dikalangan rakyat. Mereka tidak boleh menang dengan isu fakta dan rekod pemerintahan BN. Lalu mereka cuba meracuni pemikiran rakyat dan mengalihkan setiap isu supaya memihak kepada mereka. Mereka menjuarai politik persepsi.

    Gambaran seburuk mungkin mestilah dicipta terhadap kerajaan, UMNO dan BN supaya rakyat tidak terus-terusan terpesona dengan rekod kejayaan BN sepanjang menerajui negara ini.

    Yang menjadi sasaran utama mestilah pemimpin negara dan pemimpin UMNO/BN. Tidak ada rasa belas kasihan dalam hal ini. Akhirnya UMNO/BN terpaksa juga membalas dan menggunakan taktik yang sama. Di sinilah perkara pokok selalunya tidak menarik perhatian sebaliknya fitnah menjadi bahan atau ramuan penting dalam memenangi sesuatu perdebatan.

    Melihat kepada perkembangan sejak selepas PRU11 tahun 2004 tumpuan pembangkang jelas terarah kepada personaliti TPM ketika itu iaitu DS Mohd Najib. Tidak cukup dengan kisah latar belakang beliau dizaman remaja, pembangkang turut mengaitkan juga isteri dan keluarga beliau.

    Ini ialah kerana pembangkang berusaha sekeras mungkin supaya beliau tidak dinobatkan sebagai Presiden UMNO seterusnya memegang tampuk kuasa selaku Perdana Menteri. Di Malaysia percaturan politik setakat hari ini amat mudah iaitu sesiapa yang menjadi Presiden UMNO iaitu parti terbesar umat Melayu, maka dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

    Sehari dua ini bukan sahaja kisah zaman remaja PM menjadi bahan ceramah, tetapi turut juga dikaitkan ialah kisah silam nenek moyang beliau. Kisah ayah beliau dan  kisah datuk beliau.

    Pembangkang sepatutnya memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana ternyata beberapa isu yang dikaitkan dengan beliau adalah fitnah semata-mata.

    Perancangan jahat pembangkang ini tidak terbatas kepada penglibatan rakyat tempatan tetapi juga turut cuba dikaitkan ialah penglibatan pihak berkuasa luar.

    Pembangkang patut segera memohon maaf atas isu cincin berlian berharga RM24 juta, apatah lagi rekod cincin termahal di dunia hari ini ialah sekitar RM9 juta sahaja.

    Pembangkang harus memohon maaf atas keterlanjuran mengaitkan bakal menantu PM dan bakal besan PM kerana isu tersebut tidak relevan sama sekali dengan politik Malaysia.

    Pembangkang harus memohon maaf atas tuduhan penglibatan PM dalam kes pembunuhan model Monggolia iaitu Altantunya. Tiada kaitan langsung tetapi pembangkang berusaha keras sehingga sanggup menggunakan pihak luar negara.

    Pembangkang harus memohon maaf kerana menuduh PM mengambil komisyen atas pembelian kapal selam scorpene yang pada mulanya dikatakan sebanyak RM114Euro, bersamaan RM540 juta kemudian menaikan lagi jumlah tersebut sehingga mencecah RM3 bilion, sedangkan harga sebenar kapal tersebut tidak sampai sebanyak komisyen yang diterima.

    Pembangkang harus memohon maaf kepada PM kerana mengatakan PM telah di sapina oleh mahkamah Perancis untuk menjadi saksi dalam kes pembelian scorpene itu, sedangkan perkara tersebut ridak timbul sama sekali.

    Pembangkang mesti memohon maaf kerana menuduh PM berkongspirasi dengan Saiful dalam kes tuduhan liwat ke atas Nuar hanya kerana Saiful pernah pergi mengadu hal kepada TPM ketika itu.

    Pembangkang mesti memohon maaf kerana menuduh isteri PM berbelanja sakan di luar negara kononnya menghabiskan duit rakyat untuk membeli harta peribadi.

    Pembangkang mesti memohon maaf kerana sering menuduh PM takutkan isteri dan menggambaran dalam setiap ceramah mereka bahawa segala keputusan besar tentang negara ini adalah dibuat oleh isteri beliau. Mana ada Perdana Menteri dalam dunia ini yang 'takutkan' isteri.

    Banyak lagi fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap PM, isteri dan keluarga yang menyakitkan hati rakyat Malaysia. Pembangkang harus memohon maaf tanpa syarat.

     
    "Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

    Tuesday, July 10, 2012

    Hairie, Bob Lokman Dan Aishah Mengamuk Sebab Abby Lebih Islamik Dari Dia..


     

    Mereka menyertai PAS semata-mata dengan harapan untuk menghayati kehidupan mengikut cara Islam yang sebenar. Islam yang selain daripada apa yang ada di dalam PAS adalah tidak benar. Islam di Turki, Pakistan, Mesir, Arab Saudi dan Indonesia adalah tidak sebenar seperti apa yang ada di dalam PAS.

    Itulah yang sebahagian kecil artis popular kita percayai dan itulah alasan kenapa mereka memilih PAS untuk berjuang dalam politik ke partian. Sebahagian besar daripada artis samada tidak berparti atau masih bersama UMNO/BN. Jumlahnya tentulah beribu orang.

    Maka setelah menyertai PAS maka berlumba-lumbalah mereka melakukan sesuatu yang hebat supaya mereka kelihatan lebih Islam daripada yang lain.

    Aishah dengan tudung yang extra labuhnya sanggup menjerit di pentas PAS mengatakan kerajaan songlap duit rakyat, kerajaan zalim, polis zalim, UMNO kotor dan sebagainya. Itulah didikan Islam PAS yang ingin diterapkan kepada anaknya.

    Aishah sanggup mengharungi lautan manusia untuk bersama-sama pada perhimpunan bersih kerana dia percaya itulah ajaran Islam yang sebenarnya dan dia berharap anaknya dapat mengikut atau meniru tingkah lakuknya yang telah mula lebih Islam berbanding dahulu.

    Tanpa maki hamun, cacian dan umpat keji terhadap pemimpin UMNO/BN sudah pastilah dia masih berada dalam cara Islam yang lama. Itu tidak cukup Islamik. Ramuan untuk menjadi atau kelihatan lebih Islamik ialah mesti berani mengutuk UMNO/BN dan kerajaan.

    Bob Lokman menyertai PAS dengan harapan dapat mendidik anaknya menjadi lebih Islamik. Sebelumnya semua pihak gagal untuk memberikan didikan yang berbentuk Islamik terhadap anak beliau. Maka ke hulu ke hilirlah dia, siang dan malam berceramah di pentas PAS dan oleh kerana ramuan utama untuk kelihatan lebih Islamik ialah  mesti mengutuk UMNO/BN maka dia segera menghayati fungsi tersebut. Diapun kutuklah sehabis daya, maka dia dan anaknya mendapat didikan secara Islam yang sebenarnya. Itulah yang dia percaya. Memakan petai tiga papan dengan nasi bungkus dan pergi berceramah... dia akhirnya pitam. Namun ok juga sebab dia telah menemui cara Islam yang sebenarnya.

    Hairie Othman menyertai PAS, juga dengan harapan memperolehi sinar dalam hidup. Dia mengimpikan cara hidup Islam yang sebenarnya kerana selama ini dia tidak menemuinya di tempat lain selain daripada dalam PAS. Maka dia juga seperti rakan-rakannya berada di pentas PAS untuk memaki hamun pemimpin UMNO/BN kerana itulah yang dia percaya cara Islam yang sebenarnya. Dia bertindak membawa karung dan mengutip derma jihad dalam ceramah PAS kerana dia percaya Islam yang sebenarnya ialah tangan yang menerima lebih baik daripada tangan yang memberi.

    Dia tidak menemuinya di tempat lain melainkan di dalam PAS. Dia ingin menghayatinya dan mendidik keluarganya mengikut cara Islam yang sebenarnya.

    Mengatasi semua persembahan rakan-rakan artis tadi, dan dalam usaha untuk kelihatan lebih Islamik ialah persembahan Abby yang bersenda gurau dengan Adun Selising dalam lelong gambar di atas pentas PAS. Tidak cukup dengan itu dia menjerit di depan Kem Kamunting mengutuk kerajaan zalim, mengutuk polis zalim dan bersubahat, lalu dia dinobatkan lebih Islamik dari Bob Lokman, Aishah dan Hairei Othman. Patutlah rakan-rakan dia merajuk. 

    Jika itu cara 'Islam yang sebenar' yang kalian percayai, maka soheh kalian telah tertipu. Kalian terus melakukan sesuatu yang mungkar dalam perbuatan penipuan yang dianggap benar.


    Depan Kem Kamunting. Berita di blog MPP.
         

    "Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

    Monday, July 9, 2012

    RM600 Juta Duit Habis Begitu Sahaja... Ish..ish..

     

    Kelantan tidak akan mampu selesai masalah air


    KOTA BAHARU 8 Julai - Kerajaan Kelantan tidak akan mampu menyelesaikan masalah air bersih di negeri itu walau sebesar mana sekalipun jumlah peruntukan yang diberi kerajaan Persekutuan.

    Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, ini kerana kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan isu tersebut.

    "Bagi pinjaman pun tak selesai juga. Seperti mana pinjaman mudah yang disalurkan sebanyak RM600 juta dahulu. Duit habis begitu sahaja.

    "Adalah lebih baik serahkan sahaja kerajaan negeri ini kepada Barisan Nasional yang saya pasti masalah ini akan selesai bagi tempoh sepenggal sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi di sini, hari ini. - BERNAMA

    Masuk angin keluar asap. Begitulah kenyataannya. Macam mana penolakan sekalipun rakyat Kelantan terhadap UMNO/BN, Kerajaan Persekutuan tetap membantu rakyat Kelantan dalam pelbagai bidang. Itu faktanya yang tidak mampu diselewengkan, hinggakan peruntukan untuk Kelantan lebih banyak daripada peruntukan negeri Melaka.

    Ada mereka kisah dengan segala bantuan tersebut?? Ada mereka nak rasa berterima kasih?? Ada mereka berasa nak memberi kemenangan kepada UMNO/BN?? Tak adaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

    Datuk Fatmi minta rakyat serahkan Kelantan kepada BN??? Biar betul?? Apa lagi yang tinggal sebagai kebanggaan menjadi anak Kelantan sekiranya Kelantan diberikan kepada BN.??

    Datuk Fatmi jangan mengharapkan guruh di langit..Guruh berdendum-dentum tetapi hujan tetap tak jadi.

    Kelantan gagal mengurus air dengan baik. Selangor telah mula kelihatan gagal. Dulu Dr Khir Toyo ada mengatakan kerajaan pakatan haram boleh memberikan air percuma sebanyak 20 liter padu sebab kerajaan BN sebelumnya telah berjaya menguruskan air Selangor dengan baik. Kini bermacam masalah timbul. Maknanya bukan senang nak menguruskan air.

    Jika kerajaan Selangor dengan jumlah penduduk yang ramai dan kilang-kilang yang banyak beroperasi di sana, terus mempolitikkan isu air, tunggulah akibat buruk akan menimpa rakyat Selangor dalam waktu terdekat.

    Kelantan boleh kembali kepada BN seperti yang nyaris berlaku pada tahun 2004. Syaratnya jangan usik Tok Guru Nik Aziz. Jentera mesti nampak besemangat. Jadikan Ku Li MB. Tak yah cabar-cabar anak Kelantan yang merantau kerana mencari peluang di negeri lain sebab memang itu kegemaran mereka dan bila kembali mereka tetap bangga mengundi dan memberi kemenagan kepada PAS. 

    Pemimpin UMNO/BN jangan main cah keting. Jangan dengki orang ini naik, orang ini turun. Berpadu tenaga. Bersatu dalam semua hal. Jangan berasa takut kepada tokoh ini dan tokoh itu. Kembalikan semangat BN yang kental. Bukan nak mengajar tetapi setelah 22 tahun masih gagal memahami hati budi rakyat maknanya sesuatu kena diubah. 

    Keputusan undi di setiap DUN dan Parlimen dalam PRU yang dulu kan ada dan boleh dijadikan panduan. Semaklah dimana undi lebih, dimana undi kurang. Golongan mana yang lebih condong kepada UMNO/BN, Kawasan mana yang hitam pekat atau kelabu.. Atau tiada sesiapa yang berminat hendak menyelidikinya??? Sekian dulu.


    "Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

    Sunday, July 8, 2012

    MASIH BERSEDIH...

    Setelah beberapa bulan selepas demo bersih3, Jokiden cuba mententeramkan hati. Cuba bersikap rasional, cuba mencari justifikasi. Namun bila tengok gambar-gambar di bawah hati ini kembali pedih, geram, bengkak dan muram. Sedih kerana orang yang menyebabkan huru hara, masih bersenang lenang, masih selamba menghadapi kamera TV, membuat kenyataan. Masih bebas seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di negara ini pada 28 April yang lalu. Hiba wei..

    "Ok jugak Azmin ni melawak ye..."




    Sebab perlindungan Nuar budak kecik pun berani tendang polis.


























    Sesekali gambar mengenai Bersih3 terpancar di kaca TV sebagai bahan  selingan berita. Hati merasa kecewa melihatnya. Mungkin puak yang menganjurkan Bersih berasa lapang dada, gembira dan puas hati. Mereka puas hati bukan sebab semua 'tuntutan' mereka telah berjaya atau dipenuhi oleh SPR. Bukan. Sebaliknya kepuasan mereka ialah melihat ramai yang hadir, ramai yang termakan dengan hasutan mereka dan ramai yangterpedaya dengan dakyah penipuan mereka. Itu yang menyebabkan mereka merasa puas.

    Bila pihak polis tidak jadi menayangkan video pada hari kejadian tersebut, timbul juga persepsi negatif, kenapa polis tidak berani hendak menyiarkannya. Apakah ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Atau benarkah Suruhanjaya Penyiasat belum selesai mengkajinya.

    Rakyat juga ingin mengetahui apakah kesemua yang dikehendaki oleh polis tersebut telah berjaya ditangkap atau mereka masih bebas dan menunggu masa lagi untuk membuat rusuhan terbaru.

    Benar beberapa orang sudah di dakwa termasuk Nuar Brahim dan Azmin Ali, namun kumpulan majoriti senyap masih menunggu hasil siasatan, hasil dakwaan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas perusuh tersebut.

    Jika di negara luar bukan sahaja nasib perusuh dibedal dengan cota, rotan serta disepak terajang, tetapi mereka juga akan segera di dakwa dan dijatuhi hukuman.

    Lain pula  yang berlaku di Malaysia di mana para perusuh yang ditahan telah mendapat layan istimewa, siap dengan disediakan makan dan minuman dan diberi tempat berlindung. Lebih malang, ada anggota polis yang bertindak mengawal keadaan telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman. Apakah keadilan sebegini yang kita mahukan dalam negara ini.

    Beberapa orang yang ditangkap dan dibebaskan dengan jaminan polis telah kembali ke pentas ceramah dan selamba sahaja mempertikaikan segala peri laku polis dan menuduh anggota polis telah mengkasari mereka. Mereka sendiri sedar dengan risiko yang menanti apabila bersetuju ke perhimpunan haram tersebut.

    Sudah tentu mereka tidak akan dikasari sekiranya mereka seperti kebanyakan rakyat yang lain berada di rumah ketika itu dan tidak menyertai keributan di Dataran Merdeka tersebut.

    Bukanlah catatan ini  bertujuan hendak  menunjuk ajar polis, cuma sekadar mengingatkan bahawa masih ramai rakyat yang belum dapat merupakan peristiwa hitam tersebut. 


    "Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.