Tuesday, June 18, 2013

Mati Katak Dia Kata Mati Syahid..

 
  
 
Semakin  sudah tidak betul dia ni. Mati katak atau mati sia-sia  dikatakannya bakal mati syahid semata-mata untuk menghasut rakyat supaya melakukan sesuatu yang salah. Jika ada yang bersetuju dengan pendapat dia ni maka sahlah mereka sudah tidak boleh berfikir lagi.
 
Pendapat seperti ini sudah keterlaluan dan tidak perlukan cerdik pandai atau ilmuan agama atau para mufti untuk menyanggahnya. Cukup orang-orang biasa seperti Azhar Idrus sahaja mengulasnya.
 
Husam ini seeloknya berhentilah menggunakan agama untuk meraih sokongan politik. Haram tu. Mulut kata redha menerima kekalahan, namun perbuatan dan hati pula seolah-olah  sebaliknya.
 
Mati syahid ialah apabila seseorang itu mati kerana memperjuangkan agama Allah SWT. Atau sekurang-kurangnya mati ketika melahirkan anak atau mati dihempap oleh jambatan runtuh.
 
Jika mati kerana berdemo Blackout 505 mana syahidnya Husam oii!!!. Mati kerana menjatuhkan kerajaan Islam yang sah ini adalah mati Jahilliah.
 
Jika kamu nak percaya bahawa BN menang atas dasar menipu dan manipulasi, janganlah pula hendak mengajak orang lain supaya turut mempercayai apa yang kamu percaya itu. Biarlah Nuar seorang sahaja yang meroyan.
 
Untuk makluman Husam, terbalik bumi inipun kamu tidak akan dapat membawa bukti sahih tentang adanya Bangla mengundi, adanya lampu padam di 31 kawasan, adanya helikopter membawa beg undi, adanya pengundi berjaya mengundi dua kali. Kesilapan kecil mungkin ada disebabkan oleh kelalaian manusia, namun penipuan SPR tidak ada Husam oii.
 
Kamu mengatakan pemimpin dan penyokong PAS yang tidak menyokong Himpunan Blackout ini sebagai pengkhianat, sebenarnya kamulah yang mengkhianati rakyat dan amanah yang telah diberikan.
 
Penyokong PAS sekarang ini melihat kamu sebagai seorang yang desperado dan meroyan kerana cita-cita kamu tidak kesampaian. Penyokong PAS kini melihat kamu meroyan kerana kalah di Putrajaya, tak dapat jadi MB dan tidak dilantik sebagai EXCO. Kamu cakaplah apa sekalipun, itulah tanggapan ahli-ahli PAS ketika ini. Bertenanglah. Jangan meletakkan dirimu di tahap paling rendah dengan mempercayai perkara yang karut marut tersebuit.
 
 
 
 "Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...

"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya yang dipetik portal milik pembangkang itu." Selanjutnya baca juga di sini: 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Monday, June 17, 2013

Mangsa Politik Red Bean Army..


Rencana ini untuk simpanan Jokiden:
 
 
Sebenarnya 10 nama yang disebut hanyalah segelintir mangsa-mangsa politik Red Bean Army (RBA). Sekiranya hendak disenaraikan kesemua mangsa-mangsa RBA, mungkin sebuah buku diperlukan untuk menghabiskannya. Penulis berharap rakyat Malaysia dapat bersatu padu menentang kekejaman, kezaliman, kejahatan dan keburukan RBA di alam maya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara.
 
Kita perlu ingat setiap individu yang di aibkan oleh RBA adalah manusia yang memiliki perasaan serta ibu yang melahirkan mereka. Budaya politik yang begitu jijik dan ekstrem sebegini seharusnya dihentikan. Ramai sudah terluka, pasrah, hilang punca pendapatan, hilang imej dan kredibiliti disebabkan fitnah dan cerita rekaan RBA.
 
Penyokong-penyokong pakatan pembangkang dan DAP yang masih berhati perut seharusnya tampil ke hadapan untuk bersama-sama memerangi RBA. Kita tidak akan tahu esok atau lusa anak, ibu bapa, keluarga, rakan dan orang yang disayangi pula akan menjadi mangsa RBA yang seterusnya.
 
Peniaga- peniaga Cina yang mempercayai konsep 1Malaysia dan menyokong BN juga menerima serangan boikot daripada RBA. Oleh itu, saya berharap NGO Melayu yang kini melancarkan boikot terhadap masyarakat Cina perlu mengetahui bukan sahaja usahawan Melayu menjadi mangsa RBA bahkan peniaga Cina yang menyokong BN juga terhimpit dalam politik keji RBA.
 
Sudah tiba masanya kita melancarkan kempen ABCD (Asalkan Bukan Cina DAP). Kita perlu tahu bukan semua Cina di Malaysia biadap dan kejam seperti RBA. Jangan lagi tanya apa Cina mahu tetapi tanya apa Cina DAP mahu (ABCD)?
 
Simpatilah pada kesemua mangsa-mangsa RBA yang tidak berdosa. Fahamilah keperitan dan kesengsaraan yang dialami oleh mangsa RBA.
 
Tan Sri Michelle Yeoh
 
Apabila Tan Sri Michelle Yeoh bercadang untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam satu jamuan majlis makan malam bersama 60,000 masyarakat Cina di Klang maka pelbagai serangan yang tidak bertanggungjawab dilancarkan terhadap beliau. Mereka melabelkan beliau sebagai pengkhianat negara dan pelbagai lagi label kesat. Realitinya, Lim Guan Eng juga menjemput seorang artis dari Taiwan iaitu Lin Chi Ling dalam satu majlis pelancaran di Pulau Pinang satu ketika dahulu tetapi tidak pula menerima sebarang serangan daripada penyokong BN. Harian Metro pernah melaporkan Abby Abadi yang menyertai Pas dibayar sebanyak RM2,000 untuk setiap penampilan politik tetapi Tan Sri Michelle Yeoh yang secara sukarela pula menjadi sasaran politik RBA. Mereka juga melancarkan laman page https://www.facebook.com/BoycottMichelleYeoh untuk menyeru masyarakat Malaysia supaya memboikot beliau.
 
Leng Yein
 
Leng Yein merupakan antara model yang paling terkenal dalam industri peragaan dalam kalangan masyarakat Cina. Namun begitu, serangan terhadap Leng Yein bermula apabila beliau bangkit mempertahankan hak wanita yang ditindas oleh seorang lelaki yang sering mengancam keselamatan wanita di negara ini dan Leng Yein membawa isu ini kepada Datuk Seri Michael Chong di Wisma MCA. RBA akhirnya mempolitikkan isu ini hanya kerana Leng Yein memuji Datuk Seri Michael Chong dan mengatakan beliau dan MCA sudah banyak membantu masyarakat Malaysia.
 
Mereka melabel Leng Yein sebagai pelacur murahan, pengkhianat bangsa dan juga melancarkan boikot terhadap kesemua syarikat penaja yang menaja Leng Yein. Syarikat KUMO Leng Yein di Pavillion juga terpaksa ditutup kerana berdepan serangan bertubi-tubi RBA.
 
Laman page untuk memboikot Leng Yein turut dilancarkan (https://www.facebook.com/ WeFullyBoycottLY) dan mereka terus mencipta pelbagai penipuan, fitnah dan dakwaan terhadap Leng Yein untuk menjejaskan imejnya. Kini Leng Yein terpaksa hidup dengan ramai musuh. Kini, periuk nasi Leng Yein terjejas teruk dan RBA begitu kejam sehingga sanggup merosakkan periuk nasi seorang individu demi nafsu politik mereka.
 
Institusi Beraja Yang di-Pertuan Agong
 
Red Bean Army (RBA) melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila baginda bertitah supaya rakyat Malaysia menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.
 
Sultan Johor
 
Apabila Sultan Johor mengeluarkan titah supaya Datuk Tee Siew Keong dilantik sebagai Exco negeri Johor berlandaskan kepada Undang -Undang Tubuh Negeri Johor, RBA pula bertindak mempolitikkan isu ini dengan mempersoalkan keputusan baginda.
 
Wong Kim May
 
Wong Kim May merupakan seorang gadis muda yang masih lagi belajar. Beliau hanya merakamkan sebuah video pengiklanan mempromosikan BN. Sehubungan itu, Kim May menerima beratus-ratus ancaman bunuh dan rogol selepas itu. Emosi Kim May masih belum lagi pulih sepenuhnya sehingga ke hari ini. Beliau menderita trauma yang agak mendalam. RBA yang tidak berperikemanusiaan sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terhadap seorang gadis muda yang tidak berdosa.
 
Jackie Chan
 
DAP and Dong Zong membawa 4,000 orang untuk membuat protes supaya sebuah sekolah Cina dibina di Kuantan. Akhirnya, kerajaan BN membenarkan pembinaan sekolah di Kuantan. Peliknya, apabila wang diperlukan untuk pembangunan sekolah Chung Hwa di Kuantan, tiada seorang pun dari DAP mahupun Dong Zong sanggup memberi sebarang sumbangan walaupun 1 sen untuk pembangunan sekolah Cina yang mereka perjuangkan. Jika 4,000 orang yang digunakan oleh protes dan seorang menderma RM 1 juga akan sekurang-kurangnya dapat menyumbang RM4,000. Ketika protes maka semua keluar namun apabila sumbangan diperlukan maka batang hidung juga tidak kelihatan.
 
Akhirnya, Jackie Chan dijemput untuk meningkatkan dana pembangunan Sekolah Cina Chung Hwa di Kuantan. Malangnya, Jackie Chan turut menjadi mangsa RBA hanya kerana cuba membantu. Isu ini membangkitkan kemarahan dunia hiburan Cina di seluruh dunia apabila Cyber Trooper dan RBA yang tidak rasional dalam perjuangan politik mereka menjadikan Jackie Chan sebagai seorang mangsa mereka.
 
Shen Yee Aun (SYA)
 
Serangan dilancarkan terhadap saya hanya kerana saya amat vokal terhadap kepincangan DAP dan Pakatan Rakyat. Setiap gambar saya dengan rakan-rakan dan keluarga disebarkan dengan meluas dengan ayat seperti “Mereka Adalah Pelacur Murahan SYA."
 
Video saya juga diedit untuk mencalar imej saya dalam kalangan masyarakat Cina. Akhirnya, saya dilabel sebagai Perkasa Cina, pengkhianat bangsa, anjing dan sebagainya. Pelbagai lagi cerita, fitnah dan penipuan tidak berasas direka untuk menyerang saya.
 
Kinki Ryusaki
 
Kinki Ryusaki merupakan seorang pelukis tatu terkenal di negara kita. Hanya disebabkan Ryusaki menerima untuk diwawancara akhbar The Star mengenai bidang kerjayanya dan langsung tidak menyentuh soal politik malangnya Ryusaki turut diserang bertubi-tubi oleh RBA. Boikot terhadap syarikat tatu Ryusaki juga dilancarkan oleh RBA
 
Datuk Lee Chong Wei
 
Semasa kempen PRU-13, Datuk Lee Chong Wei telah bergambar dengan Datuk Mukriz Mahathir tetapi akhirnya gambar itu turut dipolitikkan oleh RBA. Kredibiliti Datuk Lee Chong Wei sudah tercalar hanya kerana bergambar dengan Datuk Mukhriz. Namun begitu, seorang ikon seks iaitu Vivian bergambar dengan Nurul Izzah tetapi tidak pula menjadi sebarang masalah dan isu kepada RBA.
 
Master Hsing Yun
 
Master Hsing Yun merupakan antara Sami Buddha terkemuka dunia yang datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun begitu, walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani dalam kalangan penganut Buddha tetapi beliau juga tidak terkecuali menjadi mangsa RBA. Mereka bertindak ala komunis sehingga golongan agama juga tidak terlepas daripada serangan mereka.
 
PSY
 
RBA melancarkan serangan yang cukup hebat terhadap laman facebook PSY sebelum kedatangannya ke Pulau Pinang dalam sambutan perayaan Pesta Perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Setelah PSY datang ke Malaysia dikatakan oleh pengurus sendiri bahawa PSY menerima ancaman bunuh.
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Saturday, June 15, 2013

Akibat Tidak Memakan Ubat... Ramai Yang Meroyan..


  
 

Agaknya ramai pemimpin pakatan semenjak kebelakangan ini telah terlupa untuk memakan ubat yang sepatutnya mereka makan. Melihat perangai mereka yang langsung tidak mahu memahami sesuatu keadaan dan hakikat yang terpaksa mereka hadapi maka, dikhuatiri mereka ini sebenarnya memerlukan bantuan ubat-ubatan.
 
Mereka seolah-olah gagal mengawal diri dan mengajak pula sebahagian rakyat supaya turut bersama mereka gagal menguasai diri.
 
Apabila dikatakan tidak ada penipuan dalam PRU13 dahulu, mereka tidak percaya dan mereka kata ada penipuan. Apabila dikatakan tidak berlaku lampu padam, namun mereka bersungguh-sungguh mengatakan lampu memang padam.
 
Apabila undi yang mereka terima di peringkat DUN, mereka kata itu sah, sebalinya undi yang diberikan kepada BN di peringkat Parlimen, itu adalah penipuan dan manipulasi SPR. Sepatutnya kepercayaan mereka ialah, calon mereka dapat undi di peringkat DUN, mereka juga patut dapat undi di peringkat Parlimen.
 
Semua fakta sudah tidak mereka hiraukan lagi, sebaliknya mereka terus dengan agenda demontrasi mereka. Yang tidak syoknya ialah mereka mengajak orang lain pula.
 
Di SOGO pada hari ini telah berlaku provokasi untuk mengajak orang berdemo. Mungkin mereka juga terlupa untuk makan ubat. 15 orang telah ditangkap oleh polis kerana menjerit-jerit di depan orang ramai. Orang yang sihat adakah akan menjerit-jerit di tempat awam. Tentu dia akan merasa malu.
 
Di Serian pula seorang yang telah terlupa untuk memakan ubat, telah gagal untuk mengawal dirinya dan bertindak menikam dirinya sendiri dengan gunting. Oklah juga sebabnya sekurang-kurangnya dia tidak mengajak orang lain supaya turut menikam diri sendiri dengan gunting.  


Tikam diri sendiri dengan gunting

SERIAN 15 Jun - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak menikam diri sendiri dengan sebilah gunting selepas mendakwa dirinya bakal menjadi mangsa bunuh di sini malam tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Soh itu cedera di kiri dada serta kanan perut.
 
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Jamali Umi memberitahu, lelaki itu pada mulanya panik kerana mendakwa terdengar bisikan ada orang ingin membunuhnya.
 
"Dia berkata lebih baik dia membunuh diri daripada membiarkan diri dibunuh orang lain.
 
"Lelaki itu kemudian terus mencapai sebilah gunting sebelum menikam diri sendiri di dada dan perut," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Menurut Mohd. Jamali, berdasarkan keterangan isterinya, lelaki itu sebelum ini pernah dirawat di hospital kerana menghidap masalah mental.
 
"Dia dipercayai bertindak di luar batasan kerana tidak mengambil ubat yang dibekalkan. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 kerana cubaan membunuh diri. - UTUSAN ONLINE.
 
 
 
15 ditahan berdemonstrasi dekat Sogo
KUALA LUMPUR 15 Jun - Sebanyak 15 individu termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan polis kerana enggan bersurai ketika melakukan demonstrasi berhampiran pusat beli-belah Sogo di sini hari ini.
 
Kesemua yang ditahan dibawa menaiki sebuah trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 3 petang sementara dua daripada mereka dibawa berjalan kaki.
 
Kumpulan terbabit hadir ke lokasi berkenaan sekitar pukul 2 petang untuk mengadakan demonstrasi dan melakukan 'flashmob' anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
 
Demonstrasi itu bertujuan mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dirancang minggu depan.
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu, kesemua yang ditahan akan diambil keterangan.
 
"Kami mendapat laporan daripada orang awam yang mengatakan terdapat gangguan ketenteraman awam di sekitar pusat beli-belah itu dan bertindak atas itu, polis mengarahkan mereka bersurai.
 
"Bagaimanapun penahanan ini dipercayai kerana kumpulan terbabit mempunyai kaitan dengan satu perhimpunan haram yang dirancang minggu depan. Mereka cuba mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu," katanya kepada Mingguan Malaysia. - UTUSAN ONLINE


PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Friday, June 14, 2013

Awak Tu Sudah Tua, Sedarlah Diri Sikit...


   
 
 
Bila sesekali Datuk Nazri Aziz ni bercakap, pedih juga hati sesiapa yang terkena itu. Walaupun apa yang dia sebut itu telah diulang beratus kali oleh orang lain atau oleh pemimpin lain, namun aura apa yang Nazri ni katakan tetap ada.
 
Sebelum pembentukan kabinet transformasi dahulu ada juga yang berpendapat bahawa Nazri ini bakal diletakkan di KDN bagi menghadapi karenah puak pembangkang. Namun dia akhirnya dijadikan Menteri Pelancongan.
 
Menjadi Menteri Pelancongan antara tugas utama ialah untuk membawa seberapa ramai pelancong datang ke negara ini, bermalam dan berbelanja. Menjadi Menteri Pelancongan bukan sebaliknya membawa seberapa ramai rakyat negara ini pergi melancong dan berbelanja di luar negara. Namun dalam menjayakan misinya untuk menarik pelancong datang ke sini beliau terpaksalah juga pergi melancong dan membawa pegawai-pegawai beliau sekali.
 
Dalam kita masih tertanya-tanya kenapa DS Najib melantik beliau menjadi Menteri Pelancongan, maka semalam beliau memberikan jawapannya. Dia menjadi Menteri Pelancongan kerana hendak menjadikan demontrasi jalanan puak pakatan itu sebagai salah satu daripada produk pelancongan. kira oklah tu idea beliau itu.
 
Tentangan pandangan beliau terhadap Nuar dan lain-lain pemimpin pembangkang sebagai bodoh, sebenarnya majoriti rakyat memang sudah tahu bahawa pemimpin puak pakatan ini ramai yang bodoh dan dunggu. Kecualilah bagi mereka yang masih berjaya diperbodohkan oleh Nuar dengan rekaan kisah penglipur lara beliau dan fitnah kosong dengan meletakkan taraf pemikiran penyokongnya ke peringkat yang paling bawah. Ingat penyokong dia tidak tahu ke yang mereka sentiasa ditipu dan dikelentong oleh Nuar dengan segala retorik murahan. Habis kenapa mereka percaya?????????? Hahahaha... mereka ada jawapannya. 
 


Desakan pembangkang bodoh - Nazri Aziz


KUALA LUMPUR 13 Jun - Desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar seluruh kepemimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana tidak boleh menerima kekalahan adalah idea bodoh dan mereka yang membuat desakan tersebut tidak layak menjadi Ahli Parlimen.
 
Timbalan Wrip Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) sehubungan itu berkata, jemaah menteri tidak akan sesekali tunduk kepada desakan bodoh berkenaan kerana tidak mungkin sistem pilihan raya di Malaysia berlaku penipuan seperti dituduh pembangkang.
 
Jelasnya, pilihan raya umum di Malaysia baik di peringkat persekutuan dan negeri berlangsung secara serentak oleh pengundi sama, diperhati wakil ejen setiap calon bertanding, ada senarai daftar pemilih serta dakwat kekal yang tidak memungkinkan sebarang penipuan berlaku.
 
"Macam mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sudah angkat sumpah? Macam mana yang mereka menang sah, yang kalah tidak sah? Inilah kebodohan dan orang ramai yang waras jangan terpengaruh dengan kebodohan ini.
 
"Waktu mengundi setiap parti berhak meletakkan ejen. Pembangkang mereka memiliki wakil ejen lebih ramai berbanding calon BN kerana mereka tidak bertanding di bawah satu lambang, kalau ada penipuan masa pilihan raya saya nak tanya adakah ejen-ejen pembangkang ini tidur," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan program Kembara Dunia 1Malaysia yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
 
Mengenai tindakan 88 ahli Parlimen pembangkang tidak hadir sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat kelmarin dan kemungkinan mahu memboikot proses angkat sumpah 24 Jun ini, Mohamed Nazri berkata, ia satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta rakyat.
 
Katanya, jika pembangkang terus berdegil dan tetap tidak mahu mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, mereka bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki Dewan Rakyat tetapi kelayakan sebagai ahli Parlimen akan terbatal dalam masa enam bulan.
 
"Pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lupa yang dia ini umur sudah dekat 70 tahun tapi nak berlagak macam ketua pelajar. Saya dulu pun ketua pelajar tapi zaman kita dah berlalu, kita kena sedar sudah tua. Janganlah buat perangai macam tak sedar diri.
 
"Kalau sudah kalah terimalah kekalahan. Apa Anwar ingat dia boleh menang? Rakyat tak mahu pembangkang hendak cukuplah. Rakyat pilih mereka menjadi wakil rakyat untuk berkerja sebagai ahli Parlimen bukan membuat benda-benda bodoh seperti ini," ujarnya.
 
Menyentuh mengenai siri demonstrasi pembangkang pula, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan secara sinis berkata, beliau berhajat untuk menjadikan demonstrasi itu sebagai salah satu produk pelancongan jika pelancong mahu melihat demokrasi Malaysia.
 
"Kalau mereka boleh buat selalu demonstrasi ini, saya nak buat sebagai produk pelancongan bagaimana demokrasi di Malaysia berjalan sebab selepas pilihan raya pun masih berlaku demonstrasi dengan perangai ala-ala Orang Utan pemimpin pembangkang," katanya sinis.
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

Tuesday, June 11, 2013

Orang Nak Saman, Diapun Nak Saman, Orang Puji Dia, Dia Kata Itu Fitnah.

  
 

Nuar nak saman, dia nak saman. Nuar saman orang RM10 juta diapun ikut nak saman orang RM10 juta. Kes tak seberapa tetapi jumlah tuntutan tidak masuk akal.
 
Hari tu kalah bertanding dengan Tengku Nan.  Ceramah siapa bawak Tok Guru, siap kata 40,000 orang hadir. Tiba blackout langsung kalah dengan Tengku Nan.
 
Kemudian dalam mesyuarat PAS Kelantan dia tidak hadir. Nama pulak tidak naik sebagai calon MB. Tok Gurupun mungkin tidak mencadangkan nama dia kot. Kemudian nama juga tidak naik sebagai calon EXCO lagi parah sehinggakan penyokong yang seberapa ramai itu meroyan dan berdemo.
 
Itulah kisahnya si Husam ini yang suka menemplak pegawai-pegawai kerajaan. Hari ini Mahkamah pula tidak menyebelahi beliau dalam kes saman RM10 juta terhadap NSTP. Dia kalah kerana artikel dalam NSTP tu lebih berupa pujian terhadapa dia dan bukannya fitnah. Itupun dia tak faham, siapalah guru yang menasihatinya itu???
 
 
Dah nasib badan apa nak buat..
 

Husam kalah saman fitnah RM10 juta terhadap NSTP

 
KUALA LUMPUR 11 Jun - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini kalah dalam saman fitnahnya untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta daripada syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd. dan empat yang lain.
 
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong di kamar beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
 
Peguam Dr. Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam memberitahu pemberita, mahkamah itu berpendapat pihaknya telah gagal membuktikan kes.
 
Ini kerana menurut Zulqarnain, mahkamah berpendapat artikel itu lebih berbentuk pujian kepada Husam dan bukannya memfitnah beliau. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130611/ma_05/Husam-kalah-saman-fitnah-RM10-juta-terhadap-NSTP#ixzz2VtcnQCeV
© Utusan Melayu (M) Bhd


Lagi Kisah Husam Di Sini:


PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.